Kesan Darurat : Dari Aspek Sosial
Kesan Sosial
Kesan Sosial
a) Kempen memerangi komunis dijalankan selama 12
tahun (1948-1960) yang menyaksikan rakyat hidup menderita keganasan komunis. Pelaksanaan undang- undang darurat seperti perintah berkurung amat menyusahkan
hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan aktiviti harian
mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak sawah
ditinggalkan oleh petani tanpa diusahakan. Begitu juga dengan padi huma dan
kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut tidak dikerjakan
bagi menambah bahan makanan. Kekurangan makanan ini telah menyebabkan kerajaan
bertindak mencatukan makanan dan catuan yang dikenakan ini menyebabkan
rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama seperti dialami semasa zaman Jepun. Walaupun catuan makanan ini berjaya menyekat bekalan makanan daripada sampai kepada komunis, namum rakyat hidup menderita akibat kekurangan makanan.
(c) Masalah perkauman antara orang Melayu dan orang Cina menjadi semakin serius. Orang Melayu menganggap semua orang Cina adalah komunis dan orang Melayu telah menyertai pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh itu, tindakan memerangi komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai peperangan antara orang Melayu dengan orang Cina. Masalah perkauman yang tercetus ini telah memberi kesan penting ke atas kedudukan sosiopolitik di Tanah Melayu.
(d) Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina telah mendorong pemimpin- pemimpin seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ E.E.C. Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan ketegangan kaum dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato’ E.E.C. Thuraisingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.
(e) Untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juru bicara kaum Cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehingga tahun 1957.Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan di kawasan kampong-kampung baru. Dengan cara ini, kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan.
Dipetik dari
http://cikgustpm.blogspot.com/2012/06/kesan-kesan-pengisytiharan-darurat-di.html
LOVE ERNIE...
Keadaan pada waktu itu... |
(b) Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja
yang dianggap mengancam keselamatan negara atau disyaki bersubahat dengan
komunis tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan
berkumpul melebihi 5 orang di tempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis.
Sesiapa yang membawa atau menyimpan senjata api tanpa permit boleh dihukum
bunuh. Ramai penduduk terutama orang Cina ditangkap dan dipenjarakan,
sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke negara China.
(c) Masalah perkauman antara orang Melayu dan orang Cina menjadi semakin serius. Orang Melayu menganggap semua orang Cina adalah komunis dan orang Melayu telah menyertai pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh itu, tindakan memerangi komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai peperangan antara orang Melayu dengan orang Cina. Masalah perkauman yang tercetus ini telah memberi kesan penting ke atas kedudukan sosiopolitik di Tanah Melayu.
Antara orang Melayu dan orang Cina |
(d) Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina telah mendorong pemimpin- pemimpin seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ E.E.C. Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan ketegangan kaum dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato’ E.E.C. Thuraisingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.
Dato' Onn Jaafar dan Dato' E.E.C Thuraisingham bersama Pegawai Inggeris |
Dato' Tan Cheng Lock |
(e) Untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juru bicara kaum Cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehingga tahun 1957.Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan di kawasan kampong-kampung baru. Dengan cara ini, kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan.
( (f) Dasar Pelajaran Kebangsaan Tanah Melayu digubal
untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal berasaskan Penyata Pelajaran Razak
1956, menetapkan kandungan sukatan pelajaran semua jenis sekolah mestilah
berteraskan hal ehwal Tanah Melayu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar
utama di semua sekolah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan di kalangan
rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. Kerajaan merasakan perlunya kanak-kanak
di Tanah Melayu dididik dengan ilmu pengetahuan yang boleh memupuk semangat
cinta dan taat setia kepada tanah air.
(g) Penubuhan Rancangan Briggs menyebabkan wujudnya
ketidakseimbangan kependudukan kaum iaitu 86% penduduknya terdiri daripada
orang Cina, 9% orang Melayu dan 4% orang India. Perubahan ini telah menyebabkan
orang Cina tertumpu di kawasan bandar manakala
orang Melayu kekal di kampung tanpa kemudahan moden seperti di kampung baru.
Kisah Malaya darurat juga masih di paparkan di dada akhbar bagi menghargai pengorbanan generasi silam |
Dipetik dari
http://cikgustpm.blogspot.com/2012/06/kesan-kesan-pengisytiharan-darurat-di.html
LOVE ERNIE...
No comments:
Post a Comment