Kemusnahan Kemudahan Asas
Pengganas komunis telah bertindak merosakkan landasan kereta api, jalan raya, lombong bijih timah, menyerang kenderaan awam dan menetak beribu-ribu batang pokok getah. Sabotaj yang dilakukan oleh komunis ini bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Akibat tindakan komunis ini, kerajaan telah mengisytiharkan darurat dengan mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung yang sering kali menganggu kelicinan urusan perdagangan Tanah Melayu. Keadaan politik Tanah Melayu yang bergolak ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur modal di Tanah Melayu.
Kemusnahan di landasan kereta api
Kemusnahan di sebuah estet
Usaha-usaha membanteras darurat yang dijalankan oleh kerajaan British telah meninggalkan kesan yang teruk terhadap ekonomi Tanah Melayu. Rakyat hidup tertekan kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi yang disebabkan undang-undang darurat. Rakyat menderita dan sengsara akibat keganasan komunis sepanjang darurat. Ladang, lombong dan balai polis menjadi sasaran serangan komunis, disamping terdapatnya serangan ke atas pegawai keselamatan dan orang awam. Kerajaan pula terpaksa menumpukan usaha membanteras pengganas komunis, keadaan ini menyebabkan pengeluaran hasil bumi dan eksport Tanah Melayu terjejas.
Begini lah cara-cara komunis menggangu buruh-buruh ladang dan lombong
Perbelanjaan Kerajaan Meningkat
Kerajaan juga terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk untuk membendung komunis.Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 setiap hari bagi tujuan keselamatan untuk menghapuskan komunis. Sepanjang tempoh pengisytiharan darurat kerajaan membelanjakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan sebanyak $721.9 juta untuk memperlengkapkan pasukan keselamatan. Jumlah ini belum diambil kira peruntukkan kerajaan untuk membangunkan kampung-kampung baru di bawah Rancangan Briggs. Perbelanjaan yang besar ini telah menimbulkan beban kewangan kepada kerajaan iaitu sehingga tahun 1953, Tanah Melayu mengalami defisit belanjawan sebanyak $1.46 juta. Kedudukan kewangan yang terbatas ini telah menyukarkan kerajaan untuk membangunkan semula ekonomi Tanah Melayu.
Pembangunan Luar Bandar Terabai
Di bawah Rancangan Briggs, kerajaan telah memindahkan penduduk-penduduk Cina yang tinggal di kawasan luar bandar dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kampung baru ini dilengkapi dengan semua kemudahan, dipagari dan dikawal rapi. Dianggarkan seramai satu hingga dua juta orang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs. Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak $7 juta pada tahun 1950 dan meningkat kepada $155 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini telah menjadi beban kepada kerajaan kerana ekonomi Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua berada di dalam keadaan muflis.
Seterusnya aspek sosial dan kesimpulan akan di buat oleh rakan saya iaitu, Ernie ❤
Di bawah Rancangan Briggs, kerajaan telah memindahkan penduduk-penduduk Cina yang tinggal di kawasan luar bandar dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kampung baru ini dilengkapi dengan semua kemudahan, dipagari dan dikawal rapi. Dianggarkan seramai satu hingga dua juta orang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs. Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak $7 juta pada tahun 1950 dan meningkat kepada $155 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini telah menjadi beban kepada kerajaan kerana ekonomi Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua berada di dalam keadaan muflis.
Sini ada sedikit video tentang dugaan yang dihadapi oleh penduduk Tanah Melayu
(Diambil dari youtube)
Xoxo, Cristal
No comments:
Post a Comment