Let's enjoy

Wednesday, July 30, 2014

Kesan Darurat; Dari Aspek Politik

KESAN POLITIK

  • Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana kerajaan mendapati rakyat Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British. Selain itu, kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat supaya tidak memihak kepada komunis. Perikatan UMNO-MCA di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman memainkan peranan yang penting dalam proses mencapai kemerdekaan. Hasil rundingan di London, Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada tahun 1957.


  • Terdapat juga parti-parti politik yang bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan daripada kerajaan British. Contohnya, sebilangan besar pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol ditangkap oleh kerajaan British dengan menggunakan peruntukkan di bawah Undang-undang Darurat, 1948. Namum, kerajaan British masih lagi membenarkan parti politik berhaluan sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegiatan mereka. 


Video mengenai Undang-undang Darurat 1948
(Diambil dari youtube)


  • Pada tahun 1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan terutamanya Dato Tan Cheng Lock telah memainkan peranan penting dalam penubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949. Tujuan penubuhan MCA adalah untuk membuktikan bahawa bukan semua orang Cina menyokong PKM. Penubuhan MCA ini telah dapat mengubah sikap orang Cina terhadap ideologi komunisme dan mereka telah menyokong kerajaan serta banyak membantu kerajaan dari segi memberi pertolongan kepada setinggan-setinggan yang dipindahkan ke kampung-kampung baru. 

  • Kerajaan British juga telah mengambil beberapa langkah iaitu mengadakan Pilihan Raya Perbandaran George Town di Pulau Pinang (1951), Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur (1952) dan pilihan raya Persekutuan (1955). Dalam pilihan raya Persekutuan, perikatan UMNO-MCA-MIC membentuk kerajaan apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan tersebut mengambarkan rakyat Tanah Melayu telah bersedia untuk merdeka. Kerajaan British telah memulakan rundingan kemerdekaan dan akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 

  • Sistem Ahli juga telah diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah kearah berkerajaan sendiri. Ahli-ahli dipilih daripada pelbagai kaum bertujuan untuk mewujudkan kerjasama daripada pelbagai kaum. Melalui Sistem Ahli  mereka diberi tanggungjawab dalam jabatan pentadbiran sebagai persediaan untuk berkerajaan sendiri.

  • Darurat juga telah menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu terpaksa menandatangani satu perjanjian pertahanan dengan kerajaan Inggeris selepas merdeka. Perjanjian pertahanan ini perlu kerana  Persekutuan Tanah Melayu tidak mempunyai kekuatan tentera yang cukup untuk menentang komunis. Perjanjian pertahanan ini telah menyebabkan wujudnya kecaman dan kritikan bahawa Persekutuan Tanah Melayu tidak merdeka sepenuhnya kerana masih bergantung kepada kerajaan Inggeris walaupun telah merdeka. 

  • Di samping itu, kelonggaran terhadap syarat kerakyatan juga memberi kesan terhadap politik di Tanah Melayu. Syarat ini diberikan kepada orang Melayu pada 1952. Tujuannya adalah menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis.



Dipetik dari sini dan sini

Xoxo, Cristal






No comments:

Post a Comment